Tuesday, November 26, 2019

Penggunaan Aplikasi "WhatsApp" dalam sesi PdP



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat datang, saya akan membawa anda semua untuk menerokai satu aplikasi daripada telefon pintar yang boleh kita gunakan pada pembelajaran abad ke 21, iaitu aplikasi "WhatsApp". Aplikasi ini rasanya tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita seperti urusan rasmi atau tidak rasmi. Boleh dikatakan majoriti masyarakat hari ini menggunakan aplikasi ini dalam telefon pintar. Aplikasi ini sangat popular kerana banyak perkara yang kita boleh lakukan. Contohnya berkomunikasi dengan seseorang dan membincangkan sesuatu dalam sesuatu kumpulan atau organisasi. Kita dapat berkongsi maklumat dalam bentuk teks, gambar, audio dan video dengan menggunakan aplikasi ini. Kumpulan atau group boleh dicipta dengan ahlinya tidak melebihi 100 orang.

Penggunaan aplikasi whatapp dapat melancarkan PdP pada abad ini. Penggunaan aplikasi ini boleh digunakan untuk memberi tugasan harian kepada murid. Pelajar dan guru dapat bersoal jawab, berkongsi maklumat dan menghantar tugasan secara online di dalam mahupun di luar bilik darjah.

Saya merupakan seorang guru pendidikan seni visual. Saya menggunakan aplikasi whatsapp ini untuk memudahkan saya memberikan maklumat berkaitan dengan tajuk yang dipelajari kepada para pelajar supaya mereka dapat membaca secara online. Hal ini ini kerana, saya dapati kebanyakan pelajar pada masa kini kurang berminat membaca buku dan mereka lebih suka membaca maklumat atau nota-nota yang ada di dalam telefon pintar mereka. Selain itu sebarang pertanyaan daripada para pelajar dapat diajukan secara cepat walaupun dimana saja mereka berada.

Dengan menggunakan aplikasi ini, para pelajar dapat menghantar karya atau tugasan masing-masing dalam bentuk gambar atau video. Guru dapat melihat proses sesuatu karya dihasilkan oleh semua pelajar yang menghantar tugasan dalam kumpulan di aplikasi Whatsapp. Guru juga dapat menilai dan memberi pandangan secara langsung untuk penambaikan dalam tugasan masing. Selain itu, pelajar juga dapat mengajukan soalan atau permasalahan secara cepat dan berkesan. Baiklah mari kita lihat langkah awal menggunakan aplikasi Whatsapp iaitu dengan menubuhkan group atau kumpulan.


Penggunaan aplikasi Whatapps ini memberikan banyak kebaikan kepada guru dan pelajar. Guru boleh memantau perkembangan  pelajar dengan lebih kerap walaupun dimana sahaja guru berada. Penggunaan aplikasi ini juga sesuai digunakan dalam bilik darjah. Pelajar dapat berkongsi karya dengan pelajar lain dan akan mendapat respon secara menerus dan pantas daripada guru dan pelajar lain. Okey, kali ini saya akan berkongsi bagaimana suasana dan kaedah yang dilakukan oleh saya dalam menggunakan aplikasi ini semasa aktiviti menghantar karya dan juga persembahan karya (apresiasi).




Kesimpulannya, penggunaan aplikasi Whatsapp ini membantu saya pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Penggunaannya yang senang diakses dan mesra pengguna memudahkan tugas saya dalam melaksanakan sesi PdP. Ia juga merupakah sebagai satu langkah menyahut seruan kerajaan iaitu menggunakan media teknologi dalam PdP pada masa kini.

Penggunaan Aplikasi Kod QR (QR Code) dalam sesi PdP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali ini saya akan berkongsi satu lagi aplikasi daripada telefon pintar yang saya gunakan dalam sesi ...