Monday, February 17, 2020

Penggunaan Aplikasi Kod QR (QR Code) dalam sesi PdP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini saya akan berkongsi satu lagi aplikasi daripada telefon pintar yang saya gunakan dalam sesi PdP  iaitu Kod QR (QR Code). Pada masa kini, aplikasi QR Code sudah tidak asing lagi kerana penggunaannya amat meluas dalam bidang pemasaran, pengiklanan, dan penyebaran maklumat. Penggunaanya sangat popular kerana ianya ringkas, mudah dan mesra pengguna.


Kod QR (QR Code)

Pernahkah anda mendengar istilah ini? Bagi mereka yang mengikuti perkembangan teknologi, sudah pasti anda tahu apa itu QR Code. QR adalah singkatan untuk Quick Response ataupun 'respon/maklumbalas yang pantas’. 






Persoalannya, bagaimanakah aplikasi QR Code ini boleh diaplikasikan dalam PdP masa kini?

Jika anda semua perasan, aplikasi ini sebenarnya terdapat dalam buku teks KSSM sekarang dan diletakkan pada ruangan tertentu buku teks untuk menambahkan lagi pengetahuan para pelajar. Sebagai contoh untuk subjek pendidikan seni visual tingkatan 3 dalam tajuk 3 : seni catan (m/s 37) , kita dapat lihat terdapat simbol QR Code yang ada pada helaian buku teks. (gambar seperti yang dibulatkan dibawah)

Baiklah, seterusnya jika anda ingin mengimbas QR Code tersebut, anda boleh menggunakannya dengan bantuan telefon pintar sahaja. Akan tetapi, anda hendaklah memuat turun pengimbas (scanner) QR Code dahulu, Anda boleh memuat turun pengimbas QR Code ini di aplikasi Play Store ataupun App Store menggunakan telefon bimbit atau gadget masing-masing. Anda boleh memilih dan memuat turun pengimbas QR Code tersebut mengikut citarasa dan keselesaan anda.


 Aplikasi ini biasanya dapat menyalurkan maklumat yang sukar dijelaskan dalam buku teks terhadap sesuatu topik tertentu. Sebagai contoh, dalam subjek pendidikan seni visual tingkatan 3, topik 1: pakaian tradisional dan perhiasan diri, kebanyakan pelajar hanya dapat membaca dan melihat pakaian tradisional melalui paparan teks dan gambar sahaja. Dengan penggunaan aplikasi QR Code ini pelajar boleh mengakses dan melihat lebih lanjut pakaian tradisional melalui bantuan info grafik dan video menarik yang terdapat dalam aplikasi ini.

Kesimpulannya, penggunaan aplikasi QR Code sedikit sebanyak membantu saya dalam sesi PdP. Penggunaannya yang mudah dan mesra pengguna menarik minat pelajar dalam menerokai sesuatu yang baru dalam sesi PdP. Disamping itu,ia dapat menambahkan lagi kefahaman dan minat pelajar terhadap sesuatu topik.

No comments:

Post a Comment

Penggunaan Aplikasi Kod QR (QR Code) dalam sesi PdP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali ini saya akan berkongsi satu lagi aplikasi daripada telefon pintar yang saya gunakan dalam sesi ...