Sunday, February 16, 2020

Penggunaan Perisian Microsoft PowerPoint dalam sesi PdP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat datang, okey kali ini saya akan berkongsi sedikit ilmu tentang penggunanan perisian Microsoft Power Point dalam PdP. Saya rasa mungkin ramai yang sudah tahu dan mahir dengan penggunaannya. Tapi tak mengapa, saya akan berkongsi serba sedikit pengalaman serta suasana menggunakan aplikasi ini dalam bilik darjah.

Sebelum tu, adakah anda tahu apa itu Microsoft PowerPoint?


Microsoft PowerPoint ialah program persembahan kini dibangunkan oleh Microsoft, untuk digunakan pada kedua-dua sistem operasi Microsoft Windows dan Apple Macintosh. PowerPoint, pada mulanya dinamakan "Presenter", telah dicipta oleh Forethought Inc. Versi Microsoft PowerPoint telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mei 1990, sebagai sebahagian daripada suite Microsoft Office. PowerPoint berguna untuk membantu membangunkan format persembahan berdasarkan slaid dan pada masa ini adalah salah satu program persembahan berdasarkan slaid yang paling biasa digunakan boleh didapati. Microsoft juga telah mengeluarkan aplikasi PowerPoint untuk digunakan pada sistem operasi mudah alih Apple dan Android.                                           
                                                                                          (Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.)

Daripada penyataan di atas, saya boleh simpulkan bahawa Microsoft Power Point merupakan salah satu perisian yang secara spesifik digunakan untuk membuat slaid (slide) yang digunakan untuk tujuan persembahan.  Terdapat banyak kelebihan yang kita dapat jika menggunakan aplikasi ini antaranya ialah :
a) Menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas.
b) Menyediakan operasi yang mudah untuk menyusun kesemua elemen reka bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian.
c) Menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan 
d) Dapat melahirkan animasi slaid.
e) Sesuai untuk membina kemahiran menulis pelajar terutamanya dalam merumuskan karangan.     
f) Persembahan akan lebih kemas, menarik dan mudah difahami oleh pelajar.



Persoalannya.. bagaimanakah cara menggunakan perisian Microsoft Power Point untuk diaplikasikan dalam sesi pdp?

Pada kebiasaannya guru akan menghasilkan slaid pembentangan untuk sesi pembelajaran, tetapi saya mengambil kaedah yang sedikit berbeza, yang mana pelajar juga perlu menghasilkan slaid  pembentangan berdasarkan topik yang diberikan. Pelajar terlebih dahulu diberi penerangan ringkas oleh guru tentang kaedah dalam menggunakan perisan ini. Perisian ini boleh menghasilkan slaid yang mengandungi teks, gambar, audio dan video yang menarik mengikut citarasa pengguna, Pelajar juga boleh mencari maklumat menggunakan teknologi internet melalui google search dan sebagainya berdasarkan topik yang diberikan. Penggunaan perisian ini bersifat mesra pengguna, lebih menarik dan pada masa yang sama menjimatkan kos membeli bahan seperti kertas kajang dan pen berwarna untuk persembahan yang bersifat  konvensional.

Untuk tugasan kali ini, pelajar diminta untuk menghasilkan slaid persembahan menggunakan perisian ini. Saya memfokuskan kepada pelajar tingkatan 1 yang mana kebanyakan daripada mereka belum pernah menggunakan perisian ini. Pelajar diberi topik dan perlu mencari maklumat berdasarkan topik tersebut. Selepas itu, pelajar harus menyediakan slaid persembahan menggunakan perisian Microsoft Power Point mengikut kreativiti masing-masing. Penggunaan aplikasi ini dilihat agak sesuai dengan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang mana memerlukan pelajar mengaplikasikan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan dalam menghasilkan slaid yang menarik. Pelajar akan berfikir tentang penggunaan warna, saiz, ruang, komposisi atau susun atur dalam menyiapkan tugasan masing-masing.

Kesimpulannya penggunaan perisian ini sedikit sebanyak dapat membantu guru dan pelajar membentangkan sesuatu maklumat dengan lebih cepat dan menarik. Penggunaan perisian ini juga lebih mesra pengguna berbanding persembahan yang menggunakan kaedah konvensional.


No comments:

Post a Comment

Penggunaan Aplikasi Kod QR (QR Code) dalam sesi PdP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali ini saya akan berkongsi satu lagi aplikasi daripada telefon pintar yang saya gunakan dalam sesi ...